Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh | Tips Hari Raya

Sebelum berangkat pulang ke kampung halaman, korang buatlah pemeriksaan tambahan:
- Periksa kualiti minyak pelincir dengan tolok pengukur yang ada pada enjin. Ni untuk memastikan yang enjin korang berada dalan keadaan baik. Mana lah tahu kalau terkurang ke, sebab ada leaking kat mana-mana.
- Check air dalam radiator.
- Tutup radiator tu kena letak elok-elok lepas check takut nanti tak betul lain pulak jadinya.
- Check tegangan & keadaan tali kipas udara.
- Check jumlah minyak brek.
- Check minyak auto transmisi & power steering.
- Check air bateri dan pastikan semua sambungan disambung dengan elok.
- Kemaskan kabel-kabel plug dengan baik.
- Isi air pembersih cermin depan.
- Periksa spare tyre. Mana la tahu kalau jadi pape ke.
- Check jack dan peralatan tukar tayar dan tools yang sepatutnya. Sebab mungkin berguna waktu kecemasan.
- Last sekali check keadaan tayar anda. Pastikan tekanan tayar mestilah 15%-30% lebih tinggi dari tekanan normal. Kalau ada paku ke, batu kerikil ke antara tayar tu buang la ye.
Tu antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke kampung halaman dengan selamat.
Selamat Pulang Ke Kampung Halaman ye !
http://www.aizatshafiq.com/search/label/Information
http://www.aizatshafiq.com/search/label/Information
No comments:
Post a Comment