Tuesday, December 14, 2010

Pindaan Akta Pengankutan Jalan - JPJ


Malah pindaan kali ini juga memberi kuasa kepada JPJ untuk menyekat
semua urus niaga terhadap kenderaan dan pemandu yang terbabit dengan
apa-apa kesalahan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkuatn Jalan atau
mana-mana undang-undang bertulis lain.

"Kini sekatan hanya dikenakan ke atas urusan memperbaharui lesen memandu
dan cukai jalan.

"Jadi, peruntukan baru menambah sekatan ke atas semua urus niaga JPJ,
meluaskan sekatan ke atas kesalahan di bawah akta atau mana-mana
undang-undang bertulis lain yang dinyatakan.

"Langkah ini diambil untuk memaksa pesalah menyelesaikan saman, dan
untuk mendaulatkan undang-undang," katanya lagi.

Solah juga berkata, peruntukan baru juga mengekehendaki pemilik
kenderaan yang menerima saman di bawah Seksyen 53A mengemukakan nama dan
alamat pemandu sekiranya bukan dia yang memandu pada waktu kesalahan
dilakukan.

"Sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia akan dianggap melakukan
kesalahan atas tanggungjawab pemilik berdaftar kenderaan berkenaan,"
kata beliau sambil berkata, peruntukan baru ini diperkenalkan untuk
meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan menggalakkan proses tukar
milik apabila menjual kenderaan.

Solah menambah, pindaan kali juga memberikan kuasa kepada polis dan JPJ
untuk menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan di atas mana-mana jalan
termasuk yang dipunyai oleh pihak persendirian.

"Pada masa sekarang, penguatkuasaan hanya terhad kepada jalan yang
ditakrif di bawah Seksyen 2 iaitu jalan yang dibiayai oleh peruntukan
kerajaan dan boleh diakses oleh orang ramai," katanya.

"Tetapi selepas ini mana-mana jalan persendirian datang di bawah
penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan," katanya.

Mengenai rasional peruntukan itu, kata beliau, ia akan membolehkan polis
dan JPJ untuk mengambil tindakan apabila berlaku kemalangan di jalan
persendirian.

Oleh itu katanya, peruntukan itu memberi kuasa kepada polis dan JPJ
untuk menguatkuasakan Seksyen 41, 42, 43, 44, 45 dan 45A apabila
kemalangan melibatkan kematian, memandu melulus, tidak cermat atau tidak
bertimbang rasa dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah
sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.

Menurut Solah, pindaan kali ini juga memberikan kuasa kepada JPJ, polis
dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengalihkan, mengapit atau
menahan kenderaan yang menyebabkan galangan atau kesusahan kepada
pengguna jalan raya yang lain.

Di bawah peruntukan sedia ada, katanya, hanya saman dikeluarkan ke atas
kenderaan yang menghalang lalu lintas dengan penalti tidak melebihi
RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan, malah kesalahan itu
boleh dikompaun.

"Bagaimanapun peruntukan baru memberikan kuasa kuasa kepada polis, JPJ
dan PBT untuk mengapit roda kenderaan dalam tempoh empat jam dan jika
tidak dialih dalam tempoh empat jam, kenderaan boleh ditarik," katanya.

"Untuk melancarkan lalu lintas seperti penguatkuasaan ke atas kenderaan
berat yang ditinggalkan di tepi jalan dan menyebabkan galangan lalu
lintas," katanya.

Peruntukan itu juga memberi kuasa kepada JPJ untuk mengambil tindakan ke
atas kenderaan-kenderaan yang diletakkan di tepi jalan atau di kawasan
rehat dan rawat lebuh raya bertujuan bagi mengelakkan sekatan lalu
lintas, kata Solah.

pindaan-jpj1-grafik.JPG


pindaan-jpj2-grafik.JPG

No comments:

Post a Comment

Malaysia Standart Time

http://time.sirim.my/index.php?small=1
1